Permohonan Najib gagal, bicara rayuan bermula Khamis

0
64

PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak bagi menangguhkan rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Lima panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan Najib selepas peguam utamanya, Hisyam Teh Poh Teik mengemukakan permohonan secara lisan untuk menangguhkan prosiding rayuan berkenaan.

Mahkamah kemudian menetapkan prosiding rayuan akhir itu bermula Khamis ini.

Tengku Maimun dalam penghakimannya berkata, Najib sudahpun mengetahui tarikh prosiding rayuan akhir tetapi masih memilih untuk melantik peguam baharu mewakilinya.

Tambahnya, walaupun itu adalah haknya untuk memilih tetapi Najib kemudian tidak boleh menyatakan bahawa peguamnya tidak bersedia dengan rayuan akhir.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here