Pertama dalam sejarah, pasar raya besar bantu pusat beli belah kecil – Coach Fadzil 

0
57
Pemilik rangkaian hypermarket terkenal Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin (tengah) bersama Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim (kiri) melakukan tinjauan di sekitar pusat beli belah Malakat di sini, hari ini.

CYBERJAYA – Walaupun sudah mempunyai 66 cawangan hypermarket di seluruh Malaysia, ia bukanlah penghalang untuk pemilik rangkaian hypermarket terkenal Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin untuk mengadakan kerjasama dengan Malakat Mall.

Menurut Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim, apa yang dilakukan oleh
Datuk Ameer Ali Mydin adalah yang pertama dalam sejarah runcit negara ini.

“Cuma apa yang dibuat oleh Datuk Ameer ini belum pernah berlaku dalam sejarah industri runcit di Malaysia.

“Satu pasaraya besar cuba bantu pusat beli kecil. Semoga ini menjadi inspirasi untuk usahawan yang berjaya di luar sana untuk ambil tanggungjawab cuba bantu usahawan lain yang baru belajar,” katanya kepada Malakat Tribune di sini, hari ini.

Mengulas dengan lebih lanjut, beliau, yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil, berharap agar rakyat Malaysia untuk sentiasa mengutamakan pembelian produk dalam negara.

Para pelanggan beratur di kaunter pembayaran selepas membeli barangan keperluan sempena sambutan ulang tahun Mydin yang ke-65 tahun, Mydin dengan kerjasama Malakat Mall telah membuka reruai untuk menjual produk dengan harga yang murah di sini, hari ini. Kredit foto – Amir Afiq Jamaludin.

“Kalau kita belanja dekat tempat kita pulangan yang tinggi akan dapat balik dekat rakyat Malaysia, tapi kalau kita belanja di tempat asing maka akan dapat dekat mereka bukan dekat kita.

“Kalau kita tengok belanja runcit negara adalah RM100 biliion tapi yang dapat syarikat asing. Kenapa kita tak sokong produk kita sendiri?,” soalnya.

Tambah Coach Fadzil lagi, beliau sangat berterima kasih kepada pemilik rangkain Myidn itu dan berharap kerjasama tersebut akan menjadi satu permulaan untuk lebih banyak kerjasama yang akan diadakan pada masa akan datang.

Pada masa sama, katanya, beliau turut kagum melihat kesungguhan pasukan Mydin dalam membantu mempromosikan Malakat Mall.

“Saya tengok pasukan Mydin memang hebat. Kita sebenarnya dah banyak buat kolabarasi dengan Mydin macam ada barang kita ambik dengan Mydin. Mungkin lepasni kita boleh tambah lagi,” ujarnya lagi.

Terdahulu, beliau bersama Ameer Ali sempat meluangkan masa bersama meninjau Malakat Mall sempena jualan promosi Mydin di sini, hari ini.

Antara produk yang menjadikan tarikan adalah roti buku yang berharga 65 sen, beras, shampu rambut, mi segera, sabun pencuci dan bermacam-macam lagi produk yang dijual dengan harga runtuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here