PM beri amaran kartel dalam rangkaian bekalan makanan 

0
13
Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob memberikan ucapan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di sini, hari ini.

SERDANG – Kerajaan memberi amaran terhadap kartel yang cuba memanipulasi harga dan pasaran dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan yang dilihat semakin meruncing ketika ini.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan sedang berusaha menangani manipulasi ‘orang tengah’ dan ‘kewujudan kartel’ dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan yang menyebabkan kenaikan harga barang dan inflasi.

“Kerajaan juga komited dalam mengurus isu kekurangan bekalan makanan biarpun berdepan dengan pelbagai kekangan.

“Semalam, MyCCC juga telah mengeluarkan keputusan cadangan terhadap lima perusahaan makanan ternakan yang bersekongkol dalam menaikkan harga makanan ayam,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena perasmian Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di sini, hari ini.

Tambah beliau lagi, beberapa langkah intervensi telah dilaksanakan kerajaan bagi mengukuhkan sekuriti bekalan makanan negara antaranya membatalkan kelulusan kuota import (AP), melaksanakan sekatan eksport ayam, mewujudkan stok pail ayam dan ikan

“Kerajaan buat pertama kalinya memberikan subsidi berjumlah RM1.1 bilion bagi meringankan beban penternak ayam sekaligus memastikan bekalan pengeluaran ayam dan telur mencukupi serta menjamin kestabilan harga.

“Langkah ini terbukti telah menunjukkan kejayaan di mana hari ini bekalan ayam bukan sahaja berlebihan bahkan harga ayam juga lebih rendah daripada paras harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM9.40 sekilogram,”ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here