PM prihatin nasib ‘rider’, arahkan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan diaturkan Isnin depan

0
21
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Persatuan Penghantar E-Hailing Malaysia (Penghantar) mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang prihatin terhadap nasib penghantar p-hailing.

Menurut Presiden Penghantar, Zulhelmi Mansor, pihaknya berharap pihak syarikat p-hailing lebih peka dan prihatin terhadap isu kadar upah penghantar pada masa akan datang.

“Petang tadi pihak kami telah dapat berjumpa dengan Setiausaha Politik Perdana Menteri apabila diarahkan oleh Perdana Menteri yang begitu cakna akan isu rider yang viral pada hari ini.

“Saya percaya kerajaan sudah pun mengetahui asas lima Tuntutan Hak Penghantar yang kami bawa sebelum ini bersama Sekretariat Hal Ehwal Pekerja Muda PPUM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kini sudah tiba masanya untuk tindakan segera diambil agar penindasan dan manipulasi ini dapat menemui jalan keluarnya.

Katanya, antara cadangan yang dikemukakan ialah dengan menyelesaikan isu harga lantai yang perlu ditetapkan segera oleh kerajaan bagi setiap penghantaran.

“Cadangan kami adalah bagi lima kilometer (km) pertama adalah sebanyak RM5 manakala penambahan setiap satu km adalah 80 sen ke RM1.

“Isu hari ini adalah daripada beberapa isu yang pernah dibawa kami kepada pihak berwajib antara lain antaranya prosedur operasi standard (SOP) yang berubah-ubah, jarak peta digital dalam aplikasi yang tidak sama dengan jarak sebenar, isu penamatan ID yang dibuat tanpa sebab munasabah dan banyak lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Zulhelmi berkata, pihaknya juga berterima kasih kepada Perdana Menteri yang turut mengarahkan supaya pelan jangka masa panjang dan pendek disediakan supaya masalah berkenaan diselesaikan.

Sementara itu, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Khaizulnizam Mohamad Zuldin berkata, pihaknya akan mengatur pertemuan pemandu e-hailingdan p-hailing dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong pada Isnin ini.

Katanya, selepas itu satu pertemuan akan diatur dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here