PM sumbang RM100,000 untuk pusat tahfiz, institusi kebajikan, rumah anak yatim 

0
17
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (berdiri, tujuh dari kanan) bergambar bersama penerima sumbangan sempena Program Munajat Keluarga Malaysia anjuran Jabatan Perdana Menteri melalui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Masjid Putra di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan sumbangan kepada 20 pusat tahfiz, pondok, institusi kebajikan dan rumah anak yatim.

Sumbangan yang diberikan adalah berjumlah RM100,000 dan RM5,000 diterima oleh setiap institusi-institusi tersebut.

Beliau menyampaikan sumbangan tersebut sempena Program Munajat Keluarga Malaysia anjuran Jabatan Perdana Menteri melalui Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Masjid Putra di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri yang berbaju Melayu putih tiba di pekarangan masjid pada jam 8.20 malam dan disambut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad serta Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.

Terdahulu, Ismail Sabri turut menyertai jemaah menunaikan solat Isyak dengan sesi bacaan doa dipimpin Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Tuan Kamarul Arief Tuan Soh dan acara munajat yang dipimpin Pendakwah bebas terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid.

Program yang dihadiri lebih 10,000 tetamu itu juga turut dimeriahkan dengan pelbagai program seawal jam 2.30 petang.

Antaranya termasuk program berteraskan rakyat termasuk Souq Jualan Rakyat Keluarga Malaysia dengan potongan harga sebanyak 50 peratus dan Konvoi Kongsi Rezeki.

Sementara itu, Program Munajat Keluarga Malaysia ini juga dijalankan serentak di enam lokasi berpusat di Putrajaya diikuti Kedah, Pahang, Sabah, Sarawak dan Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here