PM ucap tahniah kejayaan Aaron-Wooi Yik, sifatkan sebagai hadiah sempena Hari Kebangsaan

0
6
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucap tahniah atas kejayaan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik selepas muncul sebagai pemain badminton negara yang pertama memenangi Kejohanan Badminton Dunia 2022.

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik selepas muncul sebagai pemain badminton negara yang pertama memenangi Kejohanan Badminton Dunia 2022.

Beliau berkata, kejayaan itu merupakan satu lakaran sejarah baharu buat sukan badminton negara.

“Tahniah Aaron Chia dan Soh Wooi Yik kerana muncul sebagai pemain badminton negara yang pertama memenangi Kejohanan Badminton Dunia 2022.

“Ini merupakan hadiah yang cukup bermakna buat negara sempena Hari Kebangsaan 2022,” katanya hari ini.

Terdahulu, Aaron Chia dan Wooi Yik mencipta sensasi selepas menewaskan pasangan Indonesia, Ahsan dan Hendra Setiawan sebentar tadi.

Pasangan negara itu menang dengan keputusan straight set 21-19 dan 21-14.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here