Polis nafi berlaku pergaduhan kaum di Sungai Petani

0
39
Polis

SUNGAI PETANI – Polis menafikan dakwaan berlaku kejadian pergaduhan antara kaum di sini seperti yang tular menerusi media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Zaidy Che Hassan berkata, penyebaran berita yang tidak bertanggungjawab itu menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat setempat.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan kejadian seperti yang tular berlaku di Sungai Petani.

“Orang ramai diminta menghentikan serta-merta penyebaran perkara yang tidak benar kerana ia boleh mengguris sentimen masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zaidy berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Beliau meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda di talian 04-4299 222 sekiranya mempunyai maklumat berkaitan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here