Polis sudah ambil keterangan Hadi – Bukit Aman

0
16

CYBERJAYA – Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang telah hadir ke Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, hari ini, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, baru-baru ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Asisten Komisioner A Skandaguru dalam satu kenyataan malam ini berkata, Ahli Parlimen Marang itu hadir bersama peguamnya.

“Beliau telah hadir bersama peguam dan telah memberikan kerjasama sepanjang sesi rakaman keterangan berlangsung.

“Siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman,” kata Skandaguru dalam kenyataan itu.

Semalam, Bukit Aman berkata, polis menerima sebanyak 28 laporan ke atas Hadi berhubung isu itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here