Potret Zahid Hamidi julang keris bersama Haji Hadi diturunkan

0
82
Gambar fail Malaysia Gazette menunjukkan kedudukan gambar pemuafakatan antara pemimpin UMNO dan Pas.

CYBERJAYA – Potret dua pemimpin tertinggi parti UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menjulang keris di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini didapati telah diturunkan.

Potret gergasi yang mencerminkan kerjasama Muafakat Nasional (MN) antara dua parti berkenaan didapati tidak lagi berada di Lobi Menara Dato’ Onn.

Memetik laporan Malaysia Gazette, lukisan dipercayai telah dibawa keluar dari kedudukannya sebelum mesyuarat Ketua-ketua Bahagian UMNO yang diadakan Isnin minggu lalu.

Difahamkan potret itu sudah dipindahkan ke pejabat MN di tingkat 36 Menara Dato’ Onn.

Pada April 2019 lalu, Ahmad Zahid dan Hadi menurun tandatangan masing-masing pada potret lukisan itu pada Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) yang menjadi titik bersejarah bagi ummah di Malaysia yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia (WTCKL).

Kerjasama itu bagaimanapun terputus di tengah jalan apabila Pas bertindak menyertai Perikatan Nasional (PN) bersama-sama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpin Tan Sri Muhyiddin Yassin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here