Promosi Mydin ‘giler murah’ berlangsung meriah, roti Gardenia serendah 65 sen di Malakat Mall 

0
65
Para pelanggan beratur di kaunter pembayaran selepas membeli barangan keperluan sempena sambutan ulang tahun Mydin yang ke-65 tahun, Mydin dengan kerjasama Malakat Mall telah membuka reruai untuk menjual produk dengan harga yang murah di sini, hari ini. Kredit foto – Amir Afiq Jamaludin.

CYBERJAYA – Orang ramai mengambil peluang membeli barangan keperluan dengan harga runtuh selepas Malakat Mall dengan kerjasama Mydin mengadakan promosi jualan murah di sini, hari ini.

Menurut Pemilik rangkaian hypermarket terkenal Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin, kerjasama yang diadakan pada hari ini adalah atas dasar ‘ummah’.

“Saya datang pagi tadi tengok ramai dah pelanggan datang dan kita pun dah war-warkan. Malakat Mall pun sama. Ini adalah satu permulaan yang baik.

“Kita tidak boleh berhenti dan kita akan fikir apa lagi yang boleh kita jalankan selepas ini iaitu bekerjasama dengan ummah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meluangkan masa selama beberapa jam bersama Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim meninjau di sekitar pusat beli belah berkenaan.

Pemilik rangkaian hypermarket terkenal Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin (kanan) bersama Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim (kiri) melakukan tinjauan di sekitar pusat beli belah Malakat di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berharap agar kerjasama antara Mydin dan Malakat Mall akan berpanjangan di samping menambah ilmu perniagaan.

“Harapan saya kita (Mydin) boleh bekerjasama dan belajar sama-sama. Dalam berniaga kita jangan ingat kita pandai sangat.

“Macam saya pun tadi semasa berjalan saya tengok ada juga barang Malakat Mall yang saya tak tahu dari mana. Saya pun ingin belajar juga. Kita belajar sama sama dan anggap ini adalah satu proses pembelajaran,” ujarnya lagi,

Antara pengunjung yang hadir sempena sambutan ulang tahun Mydin yang ke-65 tahun, Mydin dengan kerjasama Malakat Mall telah membuka reruai untuk menjual produk dengan harga yang murah di sini, hari ini. Kredit foto – Amir Afiq Jamaludin.

Terdahulu, sempena sambutan ulang tahun Mydin yang ke-65 tahun, Mydin dengan kerjasama Malakat Mall telah membuka reruai untuk menjual produk dengan harga yang murah di sini, hari ini.

Antara produk yang menjadikan tarikan adalah roti buku yang berharga RM0.65 sen, beras, shampo rambut, mi segera, sabun pencuci dan bermacam-macam lagi produk yang dijual dengan harga runtuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here