PRU-15: Pas tegaskan tiada kerjasama dengan PH 

0
18
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pas menyatakan pendirian untuk tidak mengadakan sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) dan sekutunya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, pendirian untuk tidak mengadakan kerjasama dengan PH dan sekutunya itu hasil daripada Mesyuarat Jawatankuasa Harian yang diadakan hari ini.

“Pas optimis pendekatan penyatuan ummah tersebut boleh dicapai melalui kolaborasi parti-parti utama di negara ini yang berteraskan konsep perpaduan Melayu Islam dan bumiputera.

“Ini adalah formula paling berkesan serta diterima oleh majoriti rakyat Malaysia,” katanya.

Selain itu, katanya, Pas juga turut menyatakan kerajaan negeri yang diterajui oleh Pas tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing lebih awal dari bulan Mac.

“Hal ini adalah demikian kerana, penumpuan yang lebih perlu diberikan kepada aspek pemulihan dalam kehidupan rakyat terutama dalam bidang ekonomi dan sosial rakyat.

“Pas terbuka dalam mencari formula terbaik
bagi mewujudkan kerjasama politik dengan mana-mana pihak asalkan mengutamakan perpaduan serta keharmonian dalam menghadapi PRU-15 demi kestabilan negara dan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini,” ujarnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here