Rayuan kes SRC: Peguam Najib mohon tarik diri

0
64

PUTRAJAYA – Peguam Hisyam Teh Poh Teik memohon menarik diri daripada mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rayuan kes SRC hari ini atas alasan kekurangan masa.

Bagaimanapun, Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan tersebut dan meminta supaya perbicaraan diteruskan.

Tegas Ketua Hakim lagi, mahkamah mempunyai mandat dan tanggungjawab untuk melaksanakan keadilan bagi semua pihak, dan menyoal Hisyam sekiranya beliau benar-benar ingin membiarkan anak guamnya tidak diwakili dalam rayuan.

Biarpun Tengku Maimun berkata mahkamah mempunyai keyakinan terhadap Hisyam untuk urusan pembelaan, bagaimanapun peguam itu seakan-akan tidak mahu berganjak daripada pendiriannya.

Sehubungan itu Tengku Maimun memerintahkan mahkamah untuk berehat seketika.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here