Red Devils buat Liverpool gigit jari, raih 3 mata pertama musim ini  

0
12
Pemain Manchester United, Raphael Varane dikawal Andrew Robertson dalam perlawanan menentang Liverpool awal pagi tadi.

MANCHESTER – Biarpun memulakan saingan liga dengan dua kekalahan namun kemenangan 2-1 Manchester United ke atas Liverpool awal pagi tadi disifatkan sebagai kemenangan yang penting buat pasukan yang diberi jolokan ‘The Red Devils’ itu.

Bermain di laman sendiri, pemain Manchester United tampak menyakinkan pada awal babak pertama perlawanan dengan beberapa siri percubaan tepat dapat dihasilkan, namun percubaan Elanga pada minit ke-9 hanya singgah di tiang gol. 

Terdahulu, buat pertama kali Malakat Mall mengambil inisiatif menayangkan perlawanan membabitkan pasukan di EPL di Pulun24 di sini bagi memberi peluang kepada penyokong bola sepak berkumpul bersama rakan-rakan yang lain.

Penyokong-penyokong bagi kedua-dua pasukan hadir ke Malakat Mall awal pagi tadi bagi menyaksikan perlawanan Manchester United menentang Liverpool di sini, pagi tadi. Kredit foto – Najmi Zulkefle

Sementara itu, kemeriahan menonton perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan itu turut dirasai oleh penyokong bola sepak di Malakat Mall di sini.

Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya pasukan tuan rumah berjaya memecahkan kebuntuan dengan gol pertama oleh Jardon Sancho dapat dihasilkan pada minit ke-16. 

Memasuki babak kedua, tuan rumah menambah derita pasukan pelawat hasil tendangan deras Marcus Rashford pada minit ke-52 yang berjaya menerjah jaring pasukan Liverpool. 

Liverpool akhirnya berjaya menjaringkan gol  selepas tandukan Mo Salah pada minit ke-82 gagal diselamatkan penjaga gol Manchester United, David De Gea. 

Perlawanan kekal dengan skor 2-1 memihak kepada Manchester United sehingga wisel penamat ditiupkan. 

Untuk rekod ini adalah kemenangan pertama Manchester United musim ini selepas tewas dua perlawanan pada awal saingan liga manakala bagi Liverpool pula yang merekodkan  kekalahan pertama musim ini hanya mampu seri dalam dua perlawanan awal mereka. 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here