Rejim Zionis serang Gaza, 8 orang termasuk komander pejuang Palestin terkorban

0
14
Tayseer al-Jaabari

GAZA – Seorang komander kanan kumpulan pejuang Palestin, Jihad Islam terkorban dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza, hari ini.

Tayseer al-Jaabari, terbunuh dalam serangan berkenaan yang dilaporkan mengenai beberapa sasaran di sekitar kawasan yang padat dengan penduduk itu.

Dalam serangan yang yang digelar sebagai operasi Breaking Dawn oleh rejim Zionis itu, sekurang-kurangnya tujuh yang lain termasuk seorang kanak-kanak terkorban dan lebih 55 orang cedera.

Tentera Israel mendakwa serangan itu menyasarkan gerakan Jihad Islam Palestin, sekali gus menyaksikan kumpulan pejuang terbabit berikrar untuk melancarkan tindak balas ke atas Tel Aviv.

Pegawai kesihatan tempatan berkata, sekurang-kurangnya tujuh terkorban meliputi seorang kanak-kanak berusia lima tahun, manakala sekurang-kurang 40 lagi cedera dalam serangan berkenaan.

“IDF (tentera Israel) sedang menyerang Semenanjung Gaza. Satu situasi khas telah diisytiharkan di Israel,” menurut pihak tentera itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Serangan itu menyusul beberapa hari selepas ketegangan kian memuncak berikutan penahanan pemimpin kanan Jihad Islam Palestin, Bassam al-Saadi, dalam serbuan di bandar Jenin, Tebing Barat, awal minggu ini.

Rejim Zionis turut menutup semua lintasan Gaza dan beberapa laluan berhampiran kerana bimbang akan serangan balas daripada kumpulan itu yang mempunyai kubu kuat di Gaza.

Dalam satu kenyataan disiarkan televisyen Al Mayadeen, pemimpin Jihad Islam Palestin, Ziad Al-Nakhala, berikrar untuk melancarkan serangan balas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here