RUU generasi penamat dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

0
10
KHAIRY JAMALUDDIN

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini bersetuju usul Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kerajaan memutuskan untuk tidak mengundi RUU itu selepas perbahasan selama dua hari kerana terdapat pandangan berbeza daripada Ahli Parlimen.

“Saya perlu mengambil serius perkara ini sebagai menteri.

“Kalau kita kuat kuasakan (mengundi), mungkin ada yang terpaksa bersetuju atau tidak bersetuju,” katanya di Dewan Rakyat.

Khairy Jamaluddin turut mengumumkan beliau akan mempengerusikan jawatankuasa itu yang terdiri daripada 13 anggota.

Antara anggota dalam jawatankuasa itu adalah Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Ahli Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin; Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari.

Selain itu, jawatankuasa turut dianggotai Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni; Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr. Kelvin Yii Lee Wuen; Ahli Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasah; Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Madius Tangau; Ahli Parlimen Penampang, Datuk Ignatius Dorell Leiking dan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

RUU yang dinamakan RUU Generasi Penamat (GEG), bertujuan mengharamkan penggunaan, pemilikan dan penjualan produk rokok dan vape bagi mereka yang dilahirkan selepas 2007.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here