RUU kawal selia p-hailing akan dibentang

0
12
WEE KA SIONG

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan membentangkan tiga Rang Undang-Undang (RUU) pindaan akta pada sesi Dewan Rakyat akan datang bagi mengawal selia komuniti p-hailing di negara ini.

Ia membabitkan pindaan bagi Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333], Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 [Akta 334] dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 [Akta 715].

Antara lain, pindaan itu akan mewajibkan penunggang p-panggilan mengambil lesen Lesen Vokasional (GDL).

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, RUU itu penting bagi membolehkan MOT mempunyai punca kuasa mengawal selia sepenuhnya p-hailing seperti mana dilakukan kepada perkhidmatan e-hailing.

Katanya lagi, mesyuarat Jemaah Menteri pada 5 Ogos lalu juga bersetuju supaya MOT dan agensi di bawahnya termasuk Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Negeri Sabah dan Negeri Sarawak untuk turut mengawal selia p-hailing.

“Sektor ekonomi gig semakin berkembang di negara ini justeru, p-hailing perlu dikawal selia supaya sektor perkhidmatan ini berdaya saing dan kompetitif untuk tempoh masa panjang selain melindungi kebajikan penunggang.

“Antara pindaan lain dicadangkan termasuk memastikan penunggang p-hailing mendapat perlindungan insurans dan meminda had umur penunggang tidak kurang dari 18 tahun berbanding 21 tahun ketika ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here