Salman Rushdie kritikal, mungkin buta

0
68
Salman Rushdie

NEW YORK – Penulis buku ‘The Satanic Verses’, Salman Rushdie kini berada dalam keadaan kritikal dan terpaksa menggunakan mesin ventilator selepas ditikam di New York semalam.

Selain itu, penulis kontroversi itu juga berkemungkinan buta sebelah mata akibat cedera parah.

Memetik laporan BH Online, ejennya Andrew Wylie dalam kenyataan bertulis kepada REUTERS berkata, pengarang itu tidak boleh bercakap dan saraf di lengannya terputus.

“Khabar buruk. Salman mungkin akan kehilangan sebelah mata, saraf di lengannya terputus, dan hatinya rosak akibat ditikam,” kata Wylie.

Salman cedera selepas ditikam di atas pentas pada acara sastera di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Polis masih mengenal pasti motif serangan dan percaya suspek bertindak bersendirian.

Salman menerima ancaman sejak akhir 1980-an apabila pemimpin agama Iran Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa hukum bunuh terhadapnya, susulan penerbitan bukunya yang menghina agama Islam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here