‘Saya redha dan dah halalkan anak saya’ – Bapa Ainul Mardhiah

0
112
Ainul Mardhiah

CYBERJAYA – Ainul Mardhiah Ahmad Saifuddin, kanak-kanak yang sebelum ini selamat menjalani pembedahan akibat kanser mulut terpaksa ditidurkan sekali lagi dengan diberikan bantuan ventilator selepas diserang sawan yang teruk semalam.

Menurut bapanya, Ahmad Safiuddin Abdul Razak, anaknya itu terpaksa ditidurkan bagi merehatkan badan dan otaknya daripada demam sawan berulang.

“Ainul nampak penat sangat lepas diserang sawan panas banyak kali. Hari ini, biar lah dia berehat.

“Saya doa semoga Allah SWT bukakan jalan dan bimbing para doktor cari punca masalahnya. Doktor semua sedang berusaha keras mencari jalan rawatan yang terbaik, saya saksikannya. Kakak-kakak misi pun semua jaga Ainul dengan baik,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Dalam pada itu, Ahmad Saifuddin berkata, dia pasrah dan redha dengan segala ketentuan dari Ilahi.

“Kita usaha, kita doa dan akhir sekali, kita kena sedar bahawa Allah SWT jua lah pemilik segala kesembuhan dan kesihatan.

“Dia kalau nak bagi, tidak ada satu tangan pun boleh halang. Begitu juga jika Dia nak tarik nikmat-nikmat yang ada dalam hidup kita hari ini.

“Saya redha dan saya dah halalkan anak saya, namun saya tidak akan berputus asa dan tak akan berhenti berdoa. Apa yang bakal berlaku, saya percaya itu lah yang terbaik dari-Nya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here