Sayap Wanita BN penting dalam tentukan kemenangan pilihan raya

0
10

KUALA LUMPUR – Jentera sayap Wanita Barisan Nasional (BN) berperanan penting dalam menentukan kemenangan gabungan tersebut dalam pilihan raya yang akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, berikutan itu adalah penting bagi jentera Wanita gabungan itu diperkasakan dan membentuk strategi baharu bagi menghadapi senario politik yang mencabar.

Tambahnya, terdapat serangan berulang ke atas kerajaan, dan tindak balas terhadap serangan ini juga sangat penting.

“Serangan terhadap kerajaan hari ini adalah serangan terhadap kepimpinan Barisan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk menjelaskan isu sebenar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Wanita BN di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Beliau pada masa yang sama turut mahukan Wanita BN menjalankan kajian menyeluruh untuk menilai suasana di lapangan untuk pilihan raya akan datang.

Ismail Sabri berkata, beliau akan membubarkan Parlimen sebaik kajian itu dapat memberi sedikit jaminan bahawa gabungan itu mempunyai peluang untuk muncul sebagai pemenang daripada PRU15.

“Kita tidak boleh pergi berperang dalam gelap. Kami tidak tahu kekuatan kami. Bagaimana kita hendak mendapatkan pengundi pada hari pengundian jika kita tidak mempunyai tinjauan ini?” katanya.

Ismail Sabri turut berkata, blok Pembangkang tidak boleh dipandang rendah kerana mereka mungkin sudah memulankan rancangan untuk kembali berkuasa.

“Saya ingin menegaskan bahawa kita tidak boleh memandang rendah lawan kita yang mungkin telah merangka rancangan mereka untuk menakluk semula Putrajaya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here