‘Secara realiti, saya kini tidak mempunyai peguam bela’ – Najib

0
57

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengakui beliau tidak dapat mempertahankan diri dengan adil dalam perbicaraan rayuan kes SRC International.

Kata Najib dalam satu sidang akhbar sebentar tadi, beliau membantah keputusan lima panel hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang menolak permohonan peguamnya, Hisham Teh Poh Teik untuk mengecualikan diri.

Pagi tadi, Hisham mengemukakan permohonan untuk menarik diri dari mewakili Najib atas alasan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk meneliti hampir 200 jilid dokumen perbicaraan berkenaan.

“Saya kini secara realiti, tidak mempunyai peguam bela dan tidak boleh untuk menghujahkan pembelaan.

“Saya percaya, saya mempunyai kes yang kuat dan kredibel (dipercayai) serta saya juga percaya bahawa Hisyam dan pasukannya sekiranya diberikan waktu yang munasabah akan melakukan tugas hebat,” katanya, hari ini.

Najib turut menjelaskan bahawa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sudah melakukan tugas yang baik dalam mewakilinya.

Bagaimanapun, Najib berkata, Shafee gagal di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan, selain tidak dibenarkan untuk melantik Queen’s Counsel (QC) untuk mewakilinya.

“Dalam keadaan sebegitu, saya tiada pilihan selain mencari pasukan baharu kerana saya mahukan perspektif baru kepada kes ini.

“Itulah sebab saya melantik Hisyam dan Datuk Mohd Zaid Ibrahim,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here