Selepas viral tiada pengunjung, pelbagai pihak tawar bantuan untuk Malakat Mall – Coach Fadzil

0
129
Tangkap layar video TikTok Aqlan Rosli yang tular mengenai keadaan Malakat Mall

CYBERJAYA – Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim mengucapkan terima kasih kepada seroang ‘influencer’ media sosial, Aqlan Rosli yang menularkan mengenai keadaan pusat beli belah mesra Muslim itu sehingga menarik perhatian orang ramai untuk datang menyokong.

Mohd Fadzil yang juga Presiden Kumpulan Malakat Eco berkata, video ‘viral’ itu telah membuka mata pelbagai pihak untuk membantu dan menawarkan pelbagai bentuk sokongan untuk mereka kembali bangkit.

“Terima kasih sekali lagi kepada adik yang buat video TikTok tentang Malakat Mall.

“Terima kasih kepada semua netizen yang memberi like, share, comment walaupun ada yang negatif.

“Sememangnya bantuan Allah datang daripada cara yang bukan biasa.

“Kami terima pelbagai tawaran, sokongan malah sampai negara luar dan syarikat besar luar ingin membantu kami,” katanya dalam satu hantaran dalam Facebooknya.

Semalam tular video TikTok oleh Aqlan yang menunjukkan keadaan lenggang dalam Malakat Mall ketika hujung minggu.

Video itu mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai sehingga menarik minat mereka untuk melihat dengan lebih dekat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here