Seorang lagi individu ditahan rosakkan Jalur Gemilang

0
23
Seorang individu ditahan penguatkuasa tempatan selepas dipercayai merosakkan Jalur Gemilang di ibu negara semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang lagi individu ditahan penguatkuasa tempatan selepas dipercayai merosakkan Jalur Gemilang di ibu negara semalam.

Menurut laman rasmi Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), suspek ditahan di Brickfields selepas tindakanya merosakkan Jalur Gemilang itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

“Semalam Jabatan Penguatkuasaan sekali lagi membuat penahanan individu yang didapati merosakkan Jalur Gemilang yang dipasang oleh DBKL. Kali ini lokasinya di Brickfields,” katanya.

Suspek walaubagaimanapun telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Pada Khamis minggu lalu, polis telah menahan seorang lelaki tempatan yang disyaki menggunting Jalur Gemilang berdekatan sebuah premis di Jalan Ampang selepas selepas perbuatannya itu tular dalam media sosial baru-baru ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here