Shafee Abdullah tinggalkan mahkamah selepas permohonan ditolak

0
47
Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

PUTRAJAYA – Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah meninggalkan mahkamah sejurus selepas permohonannya untuk berhujah menggugurkan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, ditolak.

Beliau dipanggil pada saat-saat akhir pada prosiding kes Datuk Seri Najib Razak bagi membantu hujahan peguam utama, Hisyam Teh Poh Teik.

Memetik laporan BH Online, Muhammad Shafee terlebih dahulu mendapatkan Najib, yang berada di kandang tertuduh selepas mahkamah menolak permohonan itu.

Terdahulu, Muhammad Shafee yang berhujah dalam permohonan supaya Tengku Maimun menarik diri daripada mendengar rayuan akhir itu, memohon hujahan permohonan itu bermula pagi esok kerana beliau perlu menghadiri simposium di Parlimen, petang ini.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai perkara itu dalam tempoh yang singkat dan menegaskan permohonan berkenaan bukan boleh diambil ringan.

Tengku Maimun bagaimanapun menolak permohonan berkenaan dan berkata, perkara itu akan diselesaikan hari ini juga.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here