Shah Firdaus bakal ganti tempat ‘The Pocket Rocketman’ 

0
41
Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih gangsa dalam acara kierin di temasya Sukan Komanwel Birmingham baru-baru ini.

CYBERJAYA – Persoalan mengenai pengganti pelumba basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang akhirnya terjawab selepas Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih gangsa di Sukan Komanwel Birmingham baru-baru ini.

Azizulhasni berkata, pencapaian tersebut juga telah menjawab persoalan ramai pihak yang sebelum ini tertanya-tanya akan siapa yang bakal menggantikan tempat beliau.

“Jadi semua persoalan sudah terjawab dan janganlah pula selepas ini diajukan soalan yang sama pula kepada Shah Firdaus,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Dalam pada itu, pemenang pingat perak dan gangsa acara keirin masing-masing pada dua edisi terakhir Sukan Olimpik itu juga berkata, memenangi pingat di Sukan Komanwel bukanlah sesuatu perkara yang mudah.

“Mungkin ramai tidak tahu yang sukan lumba basikal trek adalah antara sukan yang mempunyai level kompetitif yang sangat tinggi di Sukan Komanwel.

“Justeru itu, memenangi pingat bukanlah sesuatu perkara yang mudah, tambahan Shah Firdaus sendiri sebelum ini masih dalam proses pembikinan,” ujarnya lagi.

Azizulhasni yang diberi jolokan ‘The Pocket Rocketman’ turut menyifatkan Shah Firdaus sebagai seorang yang bekerja keras .

“Disebabkan saya sentiasa berada di bawah ketiak masam Shah Firdaus, saya sendiri sentiasa menyaksikan suka duka perit getir yang terpaksa di lalui oleh beliau.

“Oleh sebab kesanggupan beliau untuk berdaya tahan dan tabah didalam melalui proses tersebut, beliau kini berada di tahap sekarang.

“Proses untuk menghasilkan seseorang atlit berkualiti tinggi bertaraf antarabangsa bukannya suatu proses yang mudah.

Tambah bekas juara dunia itu lagi, jika setiap atlet mempunyai kesanggupan tinggi tersebut, mereka juga mampu mengorak langkah untuk pergi lebih jauh.

Terdahulu, Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih gangsa dalam acara kierin di temasya Sukan Komanwel Birmingham baru-baru ini

Kali terakhir Malaysia menaiki podium bagi acara itu di temasya berkenaan adalah melalui Azizulhasni apabila beliau memenangi pingat gangsa di Glasgow, Scotland, pada edisi 2014.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here