Silaturahim Malaysia-Indonesia dalam “Perjalanan Pertama’

0
30
Filem Perjalanan Pertama arahan Arief Malinmudo yang bakal menemui penonton negara ini pada 18 haribulan ini.

CYBERJAYA – Filem ‘Perjalanan Pertama’ hasil kerjasama syarikat produksi Malaysia dan Indonesia akan menjadi satu lagi medium mengeratkan rumpun Melayu di kedua-dua negara.

Filem yang sudah ditayangkan di lebih 400 pawagam di Indonesia pada 14 Julai lalu itu akan mula ditayangkan di negara ini pada 18 Ogos ini.

Perjalanan Pertama mengisahkan hubungan kekeluargaan antara datuk yang dimainkan oleh pelakon popular tanah air, Datuk Ahmad Tamimi Serigar dengan pelakon kanak-kanak popular Indonesia, Muzakki Ramdhan sebagai cucunya.

Filem yang berlatar belakang budaya masyarakat Minang di Bukit Tinggi, Indonesia ini turut dibintangi beberapa pelakon popular lain seperti Randy Pangalila, Adinda Thomas, Gilang Dirga, Komo Ricky dan Angelica Petra.

Perjalanan Pertama yang diarah oleh sutradara Arief Malinmudo berkisar mengenai Tan, seorang pekerja cederahati di sebuah kampung yang tinggal bersama cucunya, Yahya.

Sebagai kanak-kanak yang dibesarkan oleh datuknya, Yahya sering tercari-cari identiti ibu bapanya sehinggalah kesemua terjawab semasa dia menemani perjalanan menaiki Vespa bersama datuknya menghantar lukisan.

Perjalanan Pertama yang menelan kos pembikinan RM1.75 juta itu diterbitkan oleh syarikat produksi tempatan, D’Ayu Pictures dengan kerjasama Mahakarya Pictures (Indonesia).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here