Skandal LCS: Menteri Tugas-Tugas Khas nafi Zainab Mohd Salleh isterinya

0
37
Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad

CYBERJAYA – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menafikan seorang wanita yang didakwa terlibat secara langsung dalam kes penyelewengan dana
projek kapal tempur pesisir (LCS), Zainab Mohd Salleh merupakan isterinya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media hari ini.

“Merujuk kepada laporan berita yang tular berkaitan siasatan LCS, saya menegaskan bahawa Zainab Mohd Salleh bukan isteri saya seperti mana yang dinyatakan dalam berita tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Abdul Latiff yang juga Ahli Parlimen Mersing berkata, beliau sebagai anggota Kabinet bersedia memberi kerjasama penuh sekiranya pihak berkuasa ingin menjalankan siasatan selanjutnya.

Terdahulu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) itu dan isterinya, Zainab Mohd Salleh terlibat secara langsung dalam kes penyelewengan dana LCS.

Beliau dalam satu kenyataan di Facebook hari ini berkata, siasatan dalaman skandal LCS dan semakan susulannya menunjukkan kewujudan syarikat Alizes Marine Limited yang dimiliki oleh seorang wanita bernama Zainab Mohd Salleh.

Rafizi berkata, Zainab Mohd Salleh ialah isteri kedua kepada Abdul Latiff Ahmad dan semasa skandal ini berlaku, beliau yang juga Ahli Parlimen Mersing merupakan pemimpin UMNO sebelum menyertai Bersatu selepas Pilihan Raya 2018 (PRU2018).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here