SUKIPT 2022: Proton taja 10 buah kenderaan 

0
72
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Megat Sany (dua dari kanan) menyempurnakan Majlis Tajaan Rakan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) di sini, hari ini. Kredit foto – Najmi Zulkefle

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerima tajaan berjumlah RM200,000 sempena Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) yang bakal berlangsung Ogos ini.

Menurut Timbalan Setiausaha Bahagian Seksyen Sukan, Bahagian Perancangan Strategik KPT, Datuk Dr Pekan Ramli, tajaan itu merangkumi 10 buah kenderaan berjenama Proton, baju sukarelawan, peralatan sukan dan penginapan.

“Untuk penganjuran SUKIPT kita menerima tiga penajaan yang pertama 10 buah kenderaan Proton untuk pengurusan SUKIPT, kemudian kita menerima tajaan pakaian rasmi daripada Fexie Wear dan juga daripada UPSI Holdings.

“Kalau saya rangkumkan jumlah keseluruhan tajaan hari ini adalah lebih kurang RM200,000,” katanya selepas menghadiri Majlis Tajaan Rakan SUKIPT di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Datuk Megat Sany.

Tambahnya lagi, ini merupakan pertama kali kolabarasi dan juga penajaaan diberikan oleh Proton bagi kejohanan sukan tersebut.

“Ini merupakan pertama kali kolabarasi dan juga penajaaan Proton khusunya kepada SUKIPT dan juga kita mendapat tajaan pakaian sepenuhnya untuk pakaian para sukarelawan kita,” katanya.

Terdahulu, lebih 6,000 atlet dan 70 kontinjen akan bersaing dalam 21 acara dipertandingkan pada kejohanan yang bakal menawarkan 210 pingat emas.

Kejohanan yang dijadualkan bermula pada 12 hingga 21 Ogos itu bakal diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) selaku tuan rumah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here