SUKIPT berpotensi lahirkan atlet berprestasi tinggi, berminda juara

0
14

TANJUNG MALIM – Program sukan termasuk Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) berpotensi besar membentuk dan melahirkan lebih ramai atlet IPT yang berprestasi tinggi dan berminda juara dalam kejohanan besar di peringkat antarabangsa.

Oleh itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam ucapannya ‘mencabar’ para atlet yang mengambil bahagian dalam kejohanan pada tahun ini dan menjanjikan imbuhan sebanyak RM20,000 sekiranya mereka berjaya memecahkan rekod kebangsaan.

“Hari ini, saya juga ingin mencabar para atlet yang bertanding dalam SUKIPT 2022, untuk mencatatkan rekod kebangsaan, tidak kiralah dalam apa jenis acara pun.

“Mereka yang berjaya, kita akan bagi secara bersama wang tunai berjumlah RM20,000.00. Kepada semua atlet, selamat berjuang,” kata Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya ketika merasmikan SUKIPT 2022 di Stadium Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini malam tadi.

Kata Perdana Menteri lagi, banyak perkara yang boleh dikaitkan apabila bercakap sukan.

“Bersukan bukan sahaja untuk sihat, tetapi juga mengajar kita tentang disipilin, semangat berpasukan, strategi, membuat keputusan, dan sebagainya.

“Malah, sukan juga mampu menyemarakkan semangat patriotisme dan perpaduan dalam Keluarga Malaysia.

“Hakikatnya, sukan berupaya memberikan auranya yang tersendiri, bukan sahaja dalam kalangan yang bertanding, tetapi juga kepada yang menonton,” kata Perdana Menteri.

Justeru, dengan semangat yang tinggi, persaingan tidak menjadi isu dan semangat inilah yang perlu ada dan menjadi salah satu teras dalam Keluarga Malaysia iaitu Keterbukaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here