Sultan Perak berkenan lawat MAHA

0
53
Sultan Nazrin Muizzuddin bersama permaisuri berkenan melihat pameran penghasilan batik di Pavillion Perak di MAHA hari ini.

SERDANG – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini berkenan melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

Baginda yang ditemani Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim berangkat tiba di Pavillion Perak di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini, pada pukul 10 pagi tadi.

Sultan Nazrin menghabiskan masa kira-kira sejam melawat pavilion itu yang disertai oleh 14 agensi Kerajaan Negeri dan juga Persekutuan.

Pavillion Perak yang dibina berinspirasikan Istana Tepas Kuala Kangsar menampilkan maklumat mengenai teknologi dan industri makanan, ternakan, kebudayaan, bazaar dalam talian, pelancongan dan banyak lagi.

Sultan Nazrin Muizzuddin melawat pameran di Pavillion Perak di MAHA hari ini.
Sultan Nazrin Muizzuddin dan Raja Permaisuri, Tuanku Zara Salim berangkat meninggalkan Pavillion Perak di MAHA hari ini.

Kunjungan baginda diiringi Menteri Besar Perak Datuk Saarani Mohamad dan isteri, Datin Aezer Zubir; Ketua Setiausaha MAFI, Datuk Haslina Hamid; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri yang juga Pengarah Unit Perancangan Ekonomi (UPEN) Negeri Perak, (Pembangunan) Halizah Sipun.

Selepas melawat pavilion, Tuanku juga berkenan meluangkan masa melawat beberapa tapak pameran di situ.

Ekspo MAHA yang mempamerkan pelbagai tarikan menarik.

Ekspo yang berlangsung dari 4 hingga 14 Ogos itu menyediakan sebanyak 1,500 ruang pameran dan jualan termasuk 100 lot jualan ‘Farmers Market’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here