Suruhanjaya Tenaga akan putuskan kelayakan rebat gangguan elektrik

0
3
Takiyuddin Hassan

CYBERJAYA – Keputusan sama ada pengguna layak atau tidak menerima rebat daripada gangguan bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia pada Rabu lalu akan diumumkan selepas siasatan mengenainya selesai.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, siasatan berkenaan dijangka selesai dalam masa satu bulan daripada tarikh kejadian.

Menurutnya, siasatan mengenai kejadian itu masih dijalankan Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi menentukan sama ada kejadian tersebut mematuhi Standard Prestasi Perkhidmatan (GSL) TNB atau sebaliknya.

“Siasatan bagi memastikan punca dan kesan gangguan, pematuhan GSL dan seterusnya akan menjadi asas penentuan sama ada pelanggan yang terlibat layak diberikan rebat atau pun tidak.

“Siasatan melalui GSL merupakan dokumen Standard Prestasi Perkhidmatan yang telah ditetapkan Suruhanjaya Tenaga dalam memastikan kualiti bekalan elektrik dan perkhidmatan yang diberikan oleh TNB dalam keadaan yang terbaik.

“Sekiranya pihak TNB gagal mematuhinya, penalti akan dikenakan dalam bentuk rebat kepada pengguna yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here