Tanam ganja, 3 pemuzik jalanan ditahan

0
61
3 suspek yang ditahan polis selepas disyaki menanam ganja dalam pasu.

LANGKAWI – Polis menahan tiga pemuzik jalanan selepas disyaki menanam pokok ganja dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Bukit Lembu, Kedawang di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, dalam serbuan pukul 1.30 pagi itu dua suspek adalah lelaki berusia 24 dan 26 tahun serta seorang wanita berusia 25 tahun yang kesemuanya rakyat tempatan.

“Pemeriksaan menjumpai satu beg berzip berwarna hijau yang di dalamnya mengandungi 17 paket plastik lutsinar masing-masing berisi ketulan mampat daun kering disyaki ganja dengan anggaran berat sebanyak 178.14 gram(g). 

“Turut ditemukan peralatan dipercayai untuk menghisap ganja dan alat timbangan digital di atas lantai ruang tamu rumah rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dalam pada itu Shariman berkata, pihak polis turut menemukan tiga buah pasu yang ditanam tumbuhan disyaki pokok ganja di kawasan hadapan rumah tersebut.

Katanya, kesemua suspek turut didapati positif ganja dalam ujian saringan air kencing yang dilakukan terhadap mereka.

Kesemua suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6B, Seksyen 39A(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here