Tangki air pecah, pelajar alami kecederaan

0
63
Beberapa orang pelajar dilaporkan cedera dalam kejadian tangki air pecah di SMK Melor di Ketereh, Kelantan, hari ini. – facebook/Dr. Radzi Jidin

CYBERJAYA – Beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di Ketereh, Kelantan dilaporkan mengalami kecederaan selepas tangki air sekolah itu pecah, hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Mat Jidin ketika memaklumkan perkara itu berkata, tangki air itu pecah lalu menimpa laluan pejalan kaki di sekolah berkenaan.

“Setelah selesai sesi menjawab pertanyaan lisan di Dewan Negara sebentar tadi, saya menerima berita mengenai kejadian tangki air pecah di SMK Melor.

“Ada beberapa pelajar cedera dan mereka telah di bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook mliknya sebentar tadi.

Beliau turut berkongsikan beberapa keping gambar lokasi kejadian dalam hantaran yang sama.

Radzi berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengarahkan Jabatan Pendidikan Kelantan melaksanakan tindakan segera bagi memperbaiki kerosakan dan penyelenggaraan tangki air di sekolah berkenaan.

Katanya, ini bagi memastikan fasiliti dan infrastruktur sekolah berkenaan sentiasa berada dalam baik dan selamat untuk kegunaan warga sekolah.

“Sama-sama kita doakan mereka yang terlibat dalam insiden ini diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here