Tea Amo Cafe tampil dengan promosi menarik hujung minggu ini 

0
6
Ketua Bahagian Malakat Food, Amirul Syahidan Mahadi mempromosikan minuman berkarbonat tempatan Salt Cola.

CYBERJAYA – Sempena dengan Hari Kemerdekaan yang ke-65 Tea Amo Cafe tampil dengan promosi combo nasi ayam, Red Hot Burger serta minuman Salt Cola.

Menurut Ketua Bahagian Malakat Food, Amirul Syahidan Mahadi, promosi tersebut bakal disajikan bermula pada hujung minggu ini.

“InsyaAllah hujung minggu ini kita akan buat combo nasi ayam, combo red hot burger.

“Untuk combo red hot burger kita akan bagi burger, kentang goreng dan air berkarbonat sama seperti restoran makanan ringan yang lain,” katanya.

Tambahnya lagi, yang unik mengenai combo makanan ini, mereka menggunkakan air Salt Cola yang mana air berkarbonat berkenaan merupakan produk tempatan.

Selain itu, Malakat Mall dengan kerjasama Brainy Bunch juga bakal mengadakan program jualan bersama murid Brainy Bunch di sini pada 31 Ogos ini.

Diberi nama ‘Brainy Bunch Market Day’, program ini bakal menyajikan pengunjung Malakat Mall dengan pelbagai jenis gerai yang bakal dibukan dan dikendalikan oleh lebih 2,000 murid Brainy Bunch.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here