Tengku Zafrul dilantik Bendahari BN Selangor ganti Jamal Yunus

0
48
Tan Sri Noh Omar menyampaikan watikah pelantikan kepada Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz hari ini.

SHAH ALAM – Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dilantik sebagai Bendahari Barisan Nasional (BN) Selangor yang baharu.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Seri Jamal Yunus yang dilantik sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor.

“Saya hendak buat sedikit rombakan dalam BN Selangor, rombakan pertama saya lantik bendahari baharu, Tengku Zafrul Aziz sebagai Bendahari BN Selangor.

“Saya juga melantik Jamal sebagai Ketua Komunikasi BN Selangor,” katanya memetik laporan BH Online hari ini.

Terdahulu beliau menghadiri Majlis Penutup dan Makan Malam Konvensyen BN Selangor, di Pusat Konvensyen Setia Alam, di sini malam ini.

Pengumuman itu dibuat di hadapan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti dan peserta konvensyen daripada tiga parti komponen BN iaitu UMNO, MCA serta MCA.

Turut kelihatan pada konvensyen itu, Tengku Zafrul yang mengenakan pakaian korporat BN berwarna biru.

Tengku Zafrul dan Jamal turut menerima surat pelantikan daripada Ahmad Zahid.

Noh berkata, beliau berharap rombakan kecil itu dapat memberi semangat kepada seluruh ahli parti.

“Dengan sedikit rombakan ini, sekurang-kurangnya akan memberi semangat baharu kepada BN terus berjuang dan kita akan terus (kekal) BN serta Selangor mesti bangkit.

“Insya-Allah.. kita akan teruskan perjuangan, pastikan BN berkuasa pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here