Tentera AS gantung operasi helikopter Chinook

0
27

WASHINGTON – Tentera Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menggantung perkhidmatan keseluruhan armada helikopter H-47 Chinook miliknya ekoran masalah kebocoran minyak pada enjin.

Laporan Reuters menyebut, buat masa ini sebanyak 400 buah helikopter pengangkut itu yang beroperasi termasuk di Itali, Korea Selatan dan Kanada tidak dibenarkan terbang.

Jurucakap tentera AS, Cynthia O. Smith berkata, penggantungan itu berkuat kuasa serta merta sehingga masalah tersebut diperbetulkan.

“Pihak kami sudah mengenal pasti punca kebocoran yang menyebabkan insiden kebakaran pada beberapa unit helikopter yang sedang beroperasi,” kata Smith.

Difahamkan, masalah itu berlaku kepada beberapa model yang menggunakan enjin buatan Honeywell.

Helikopter H-47 Chinook yang dikeluarkan oleh Boeing merupakan sebuah helikopter pengangkut berat yang mampu dioperasikan dalam pelbagai senario.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here