Tiada bilik khas untuk banduan VIP – Jabatan Penjara

0
76

CYBERJAYA – Individu kenamaan (VIP) tidak disediakan sebarang bilik tahanan istimewa ketika menjalani hukuman mereka.

Jabatan Penjara Malaysia dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya hari ini menafikan dakwaan tersebut yang menjadi tular di media sosial sejak semalam.

Tangkap layar pautan ke paparan palsu tersebut turut dikongsikan oleh Jabatan Penjara Malaysia.

“Hentikan penyebaran maklumat palsu,” kata kenyataan ringkas tersebut.

Sejak semalam, satu hantaran yang dimuat naik di sebuah akaun Facebook menjadi tular setleah pemilik akaun itu membuat dakwaan bahawa para VIP menerima layanan berbeza berbanding banduan biasa.

Individu itu mendakwa, penjara atau bilik tahanan untuk VIP tidak sama seperti bilik banduan biasa yang mana banduan berstatus VIP diberi akses dan kemudahan termasuk televisyen, internet, penghawa dingin dan katil serta tilam berkualiti tinggi.

“Jangan terkejut, bilik penjara VIP mungkin aksesnya lebih hebat berbanding rumah orang awam. Diberi televisyen, internet,buku, aircond dan katil tilam berkualiti tinggi.

“Makan dan minum harian pula kos tahanan VIP tak sama seperti banduan biasa atau orang awam. Makanan dan minuman untuk banduan biasa (satu kepala RM30 sehari ), Mungkin untuk banduan VIP boleh cecah ( satu kepala RM100-150 sehari).

“Bergantung pada permintaan banduan VIP tersebut yang akan mohon melalui peguam beliau. Dari segi kualiti bilik, akses dan keperluan harian,” dakwa pemilik akaun itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here