Tiada bukti kukuh kaitkan kematian doktor pelatih dengan buli di tempat kerja

0
7

PUTRAJAYA – Pasukan petugas khas yang menyiasat nsiden kematian seorang pegawai perbatan siswazah (PPS) di Hospital Plau Pinang (HPP) tidak meneukan sebarang bukti kukuh bagi mengaitkan insiden itu dengan unsur buli di tempat kerja.

Pengerusi Pasukan Petugas Khas Bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF), Prof Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir berkata, dapatan itu hasil analisa data pihaknya ke atas Laporan Pengesanan dan Pengesahan oleh Unit Integriti Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung insiden itu.

“HWCITF mengekalkan pandangan ini selagi mana tiada maklumat tambahan berkaitan insiden kematian PPS daripada polis menerusi siasatan mereka ke atas kes ini,” katanya pada taklimat media khas laporan Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan 2022, di sini hari ini.

HWCITF ditubuhkan pada 13 Mei lepas susulan insiden kematian seorang PPS di HPP selain laporan dan aduan yang diterima berkaitan kejadian buli serta masalah tekanan mental yang dihadapi bukan sahaja oleh PPS malah kakitangan perkhidmatan kesihatan.

Pada 17 April lepas, seorang doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran HPP.

Mengenai dapatan kaji selidik berkaitan budaya kerja yang disertai 110,411 pegawai dan kakitangan KKM, beliau berkata lebih 60 peratus responden kaji selidik menyatakan budaya kerja di KKM adalah positif
terutamanya penjagaan pesakit, komuniti dan kerja berpasukan.

Katanya, insiden ‘burnouť (lesu upaya) dan buli serta budaya kerja kurang sihat dapat disahkan berlaku di KKM namun pada tahap yang berbeza dan bukan di semua fasiliti kesihatan KKM.

“Didapati budaya buli tidak hanya berlaku dalam kalangan PPS, malah ia berlaku merentasi semua peringkat warga kerja KKM secara langsung atau tidak langsung,” jelasnya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here