Tiada kenyataan media malam ini – Ahmad Maslan

0
21
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berjabat tangan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tiada kenyataan media akan dikeluarkan selepas Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini.

Namun begitu, beliau memberi bayangan satu kenyataan akan dikeluarkan esok.

“Tiada kenyataan media selepas Mesyuarat MKT #UMNO malam ini. Mungkin esok ada.

“Berita tentang UMNO sudah agak banyak selepas Taklimat Khas Presiden petang tadi di Dewan Merdeka,” katanya dalam satu hantaran dalam laman Facebooknya.

Dalam pada itu, katanya, mesyuarat terbabit berjalan dengan baik.

Katanya, mesyuarat itu bermula jam 9 malam dan berakhir sekitar jam 11.15 malam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here