Tidak boleh ditangguh, pelan transformasi pendidikan perlu disegerakan – tegas Radzi

0
42
Menteri Kanan Pendidkan, Datuk Dr Radzi Jidin bersama murid dan guru sempena Showcase Transformasi Pendidikan, di sini, hari ini

PUTRAJAYA – Menteri Kanan Pendidkan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, sekarang merupakan masa terbaik untuk melaksana program transformasi pendidikan dengan pantas dan segera bagi mengekalkan momentum penggunaan teknologi dalam kalangan murid dan guru ketika pandemik Covid-19.

Beliau berkata, ini kerana jika transformasi pendidikan yang menjurus ke arah inovasi dan teknologi itu tidak diteruskan, ia akan menyebabkan murid khususnya hilang minat.

“Usaha transformasi pendidikan kita sudah buat sejak dua tahun lalu, tapi sekarang
kita push hard dan kita mahu mendapat satu outcome dalam masa terdekat, kita tak boleh nak tangguh lagi.

“Kalau dahulu penggunaan terhadap teknologi tidak tinggi, tetapi sewaktu pandemik ramai cikgu dan murid menggunakan teknologi dan kita tidak mahu momentum itu hilang. Kalau momentum itu hilang, kita nak mulakan semula sangat susah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Showcase Transformasi Pendidikan, di sini, hari ini.

Showcase Transformasi Pendidikan, yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam, adalah sebahagian daripada pengisian dalam program ‘Bersama Semarakkan Transformasi Pendidikan’.

Program itu bertujuan memaparkan inovasi dan pencapaian murid serta guru, selain perkembangan pendidikan digital dan aplikasi sistem, hasil transformasi pendidikan yang sudah dilaksanakan sejak dua tahun lalu.

Mengulas lanjut, katanya, sejak program transformasi itu dilaksanakan Kementerian Pendidikan (KPM) sudah mengadakan sesi libat urus dan pertemuan dengan lebih 20,000 individu, membabitkan ibu bapa, guru dan pemimpin masyarakat.

Katanya, sesi pertemuan itu bukan saja untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas, tapi juga untuk memastikan masyarakat memahami transformasi yang sudah, sedang dan akan dilaksanakan.

Beliau berkata, sesi pertemuan itu akan dilaksanakan secara berterusan, khususnya sepanjang bulan ini dan bulan depan, antaranya menerusi Hari Terbuka Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), yang akan dilaksanakan di seluruh negara dalam masa terdekat.

Mengulas hasil transformasi pendidikan sejak menjadi menggalas jawatan itu, Radzi memaklumkan, pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dijangka meningkatkan tumpuan dalam proses kemenjadian murid.

Pada masa sama, katanya, pihaknya juga mahu mewujudkan suasana dalam kelas yang menyeronokkan kerana tekanan peperiksaan sudah tiada, selain membolehkan guru berinovasi dalam dalam pedagogi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here