Tok Ti bangga perkembangan adab Aafiyah

0
20
Siti Nurhaliza

CYBERJAYA – Penyanyi popular, Datuk Siti Nur Haliza mengaku teruja melihat perkembangan anak sulungnya, Siti Aafiyah selepas mengikuti pendidikan tadika montessori Brainy Bunch.

Siti yang ditemani suami Datuk Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K tiba di kampus utama Brainy Bunch seawal 7 pagi sempena penganjuran hari sukan di sini hari.

Artis yang popular dengan lagu Cindai tu berkata, Aafiyah menunjukkan perkembangan yang baik terutama dalam pemahaman pendidikan Islam dan pergaulan sejak mengikuti pendidikan pra sekolah Brainy Bunch pada Jun lalu.

“Aafiyah baru 4 tahun. Sebagai ibu saya bersyukur dan bangga melihat perkembangan anak saya di BrainyBunch.

“Institusi ini telah memberikan pengalaman yang baik bukan sahaja dalam bab agama tapi juga dalam adab dan sebagainya.

“Tapi pendidikan untuk Aafiya tidak berakhir di tadika sahaja, ia diteruskan di rumah juga,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Ketibaan selebriti itu disambut Pengasas Brainy Bunch, Mohd Fadzil Hashim dan barisan pentadbiran tadika berkenaan.

Mengulas mengenai penglibatan Aafiyah dalam Hari Sukan Brainy Bunch, Siti bangga melihat keterujaan yang ditonjolkan anaknya.

“Aafiyah sangat teruja untuk hadir pada Sport Day sejak mengikuti sesi latihan di sekolah.

“Memang dia seorang yang sukakan aktiviti luar dan saya nampak dia juga aktif sama seperti saya zaman sekolah dulu,” katanya.

Dalam pada itu, Siti memuji usaha Brainy Bunch menganjurkan acara yang meriah dan lancar.

“Saya kagum dengan penganjuran Sport Day ini. Kami memang mengikuti perkembangan acara yang diadakan pada setiap hujung minggu sejak beberapa minggu lalu melalui media sosial Brainy Bunch.

“Saya terkejut melihat begitu ramai
yang hadir,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here