Treler bawa sardin terbalik, lebuh raya sesak 3 kilometer

0
40
Tangkap layar video menunjukkan kemalangan sebuah treler membawa sardin dirakam penunggang motosikal di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan di sini hari ini

KUALA KANGSAR- Kemalangan melibatkan sebuah lori treler membawa sardin bertin di Kilometer 265 Lebuhraya Utara Selatan di sini hari ini menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira 3 kilometer.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kejadian pada pukul 1 petang itu menyebabkan lebuh raya dipenuhi tin sardin yang terkeluar dari lori berkenaan.

Keadaan menjadi lebih buruk ekoran laluan tersebut terhalang oleh trak yang terbalik sehingga menyebabkan lencongan keluar ke Plaza Tol Kuala Kangsar terpaksa dilakukan.

“Kenderaan telah diarah untuk menggunakan laluan alternatif dari Tol Kuala Kangsar ke Sungai Siput untuk ke Ipoh,” katanya.

Katanya, bagi mengawal lalu lintas, anggota polis telah ditempatkan di lokasi dan kerja-kerja pembersihan laluan sedang dijalankan.

Sebentar tadi tular video dirakam seorang penunggang motosikal menunjukkan ribuan tin sardin bertaburan di laluan berbukit di Kuala Kangsar.

Twitter @Plustrafik dalam ciapannya pada 1.24 petang memberitahu, laluan kontra telah dibuka di Kilometer 267.0 hingga 265.1 arah utara bagi mengurangkan kesesakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here