UMNO Putrajaya sokong CUEPACS, akan turun berpiket sekiranya diadakan

0
62
Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor

CYBERJAYA – UMNO Putrajaya akan turut sama berpiket dengan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) sekiranya permintaan mereka berkaitan kenaikan gaji skim penjawatanan kerajaan tidak diendahkan.

Kata bahagian tersebut dalam satu kenyataan hari ini, perjuangan CUEPACS dalam hal ini adalah bagi memelihara kepentingan penjawat awam di seluruh negara, yang turut berdepan isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

“UMNO Putrajaya meminta kerajaan mengkaji semula gaji dan elaun Kakitangan Awam sejajar dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

“Mesyuarat juga bersetuju untuk turun berpiket bersama CUEPACS sekiranya ia diadakan,” kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut menyebut, mesyuarat yang diadakan turut meneliti beberapa aspek yang mewajarkan perjuangan CUEPACS disokong sepenuhnya.

“Sudah lama penjawat awam menggunakan skim gaji yang lama yang tiada penambaikan dan semakan gaji kerajaan sejak sekian lamanya. Kali terakhir penetapan gaji minimum pada takat RM1,200 sebelum ini diperkenal pada tahun 2013.

“Pemberian Kenaikan Gaji Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia kali terakhir pula hanya dilaksanakan pada 15 tahun yang lalu,” kata kenyataan itu lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here