United ‘gigit jari’ dibelash Brentford huni tangga tercorot liga 

0
12
Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo diasak pemain Brentford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris malam tadi yang berkesudahan United tewas 4-0. Kredit foto – AP

LONDON – Buat julung kalinya di Liga Perdana Inggeris, Manchester United kini menghuni tangga tercorot buat kali pertama sejak 21 Ogos 1992 selepas dibelasah Brentford 4-0 di sini, malam tadi.

Selain itu, ini juga merupakan pertama kali pengendali United tewas dua perlawanan pertama sejak John Chapman pada November 1921.

Menurut Statistik perlawanan menunjukkan Manchester United kendalian Erik ten Hag tidak bermaya ketika dibelasah 4-0 oleh Brentford.

Namun statistik paling ketara ialah jarak larian sepanjang perlawanan antara Brentford dan United dengan Brentford mencatat 109.4km manakala United hanya melakukan 95.6km larian sepanjang perlawanan.

Mengambil kira purata pemain Liga Perdana Inggeris berlari 10.14km dalam satu perlawanan, jelas mengapa mereka mudah diratah Brentford terutama di babak pertama.

Statistik turut menunjukkan pemain-pemain Brentford melakukan 90 pecutan keseluruhan, manakala United hanya melakukan 65 selain Brentford juga melakukan asakan di kawasan lawan sebanyak 21 kali – tiga kali ganda mengatasi United.

United kini tewas empat perlawanan Liga Perdana Inggeris berturut-turut – kali terakhir ia berlaku pada Februari 1979.

Ia adalah kemenangan terbesar Brentford di liga tertinggi Inggeris sejak menewaskan Grimsby Town 6-1 pada April 1938

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here