Usaha tegakkan syariat pun dituduh penunggang agama – Coach Fadzil

0
29

CYBERJAYA – Pusat beli belah Malakat Mall yang membawakan konsep keagamaan dalam operasi hariannya sering disalah anggap sebagai memperalatkan agama hingga menjejaskan reputasinya di mata umum.

Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, pihaknya bukanlah menunggang agama tetapi hanya menegakkan seruan syariat seperti yang dilaksanakan oleh Nabi Muhammad.

“Projek ini (Malakat Mall) dimulakan bukan dengan tujuan untuk mencari kekayaan dunia.

“Asas permulaan Malakat Mall adalah untuk mengembalikan kehidupan kita dalam mengamalkan agama dengan sempurna,” kata Mohd. Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.

Antara yang hadir pada Majlis Munajat Merdeka dan Maal Hijrah di Malakat Mall, di sini malam tadi. – Malakat Tribune

Beliau berkata demikian pada Majlis Munajat Merdeka dan Maal Hijrah di pusat beli belah itu, malam tadi.

Turut hadir, penasihat agama Malakat Mall, Ustaz Masridzi Sat; dan Pengasas Pesantren Wali Songo Al Qodiri Indonesia, KH Dr. Zainul Ariffin.

Coach Fadzil memberi contoh, ramai pekerja di Malaysia yang terpaksa tidak solat kerana suasana itu tidak dapat diwujudkan di tempat kerja mereka.

“Berbeza di Malakat Mall, kita pentingkan solat terutamanya dalam kalangan pekerja.

“Sebab itu kita sediakan ruang solat di tengah-tengah mall bagi memudahkan pekerja dan pelanggan untuk menapati waktu. Tapi itu pun disalah anggap oleh orang,” jelasnya lagi.

Beliau berkata, pengoperasian Malakat Mall sejak dibuka pada Mac 2020 amat mementingkan ketaatan pada Allah mengikut cara diajar oleh Nabi Muhammad.

“Pada masa kini, kita diuji dengan banyak perkara, terutamanya kebendaan.

“Pada kami, kebendaan itu perkara yang tidak berapa penting. Yang penting adalah mencari keredhaan Allah dan juga membantu orang lain,” katanya lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here