Video PM Finland menari di parti liar tersebar, nafi ambil dadah

0
25
Perdana Menteri Finland, Sanna Marin

HELSINKI – Perdana Menteri Finland, Sanna Marin mempertahankan tindakannya menari dalam satu parti liar di sebuah kediaman peribadi yang tular di media sosial semalam.

Marin, 36, berkata, beliau juga menafikan menggunakan dadah ketika menghadiri parti liar itu.

“Saya tidak pernah menggunakan dadah, jadi tidak perlu mengambil ujian saringan.

“Saya tidak melihat sebarang bukti mahupun sebarang bahan digunakan di merata tempat di kediaman itu,” katanya dalam sidang akhbar.

Dalam pada itu, Marin yang dikritik hebat susulan kontroversi itu juga mempertahankan tindakannya dengan mengatakan dia hanya menari, menyanyi dan membuat perkara sah di sisi undang-undang.

“Saya juga tidaklah mabuk teruk sangat. Saya minum (arak) sikit sahaja ,” katanya.

Tangkap layar klip video tular yang memaparkan aksi menari terkinja-kinja Marin dalam parti liar itu.

Menurut Marin, dia mengetahui individu yang membocorkan video tersebut yang merupakan seorang pasangan, minggu lalu.

“Asalnya saya percaya video tersebut tidak akan disebarkan sebab acara dibuat di tempat peribadi dan tertutup.

“Namun, saya rasa malu sangat apabila video sudah tersebar,” katanya.

Mengulas video berkenaan, Marin berkata, acara itu diadakan pada waktu petang di sebuah kediaman dengan kehadiran 20 orang.

Katanya, rakaman video yang bocor itu diambil dari Instagram stories sebuah akaun peribadi.

Antara personaliti dan selebriti yang kelihatan menari terkinja-kinja dalam video itu ialah penyanyi Finland, Alma, penyanyi rap, Petri Nygard dan pengacara televisyen, Tinni Wikstrom.

Video berseronok itu menerima kecaman ramai di Finland, seolah-olah menunjukkan Marin tidak cakna dengan isu antarabangsa yang membelenggu dunia seperti krisis di Ukraine.

Disebabkan video itu, ahli Parlimen daripada rakan gabungan Parti Pusat Finland, Mikko Karna menggesa Marin menjalani ujian dadah secara sukarela menerusi ciapan Twitter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here