Waktu bekerja 45 jam seminggu mulai 1 Sept

0
785

KUALA LUMPUR- Dewan Negara diberitahu bahawa pindaan kepada Akta Kerja 1955 berkaitan pengurangan waktu bekerja seminggu daripada 48 jam kepada 45 jam akan dikuatkuasakan mulai 1 Sept depan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pindaan tersebut dibuat bagi melindungi kebajikan pekerja dan memberikan fleksibiliti dalam penentuan waktu kerja, selari dengan Konvensyen Pertubuhan Buruh Dunia (ILO)

“Pindaan itu turut memperuntukkan seksyen baharu berkaitan susunan kerja fleksibel, yang mana pekerja boleh memohon kepada majikan mengenai waktu kerja, hari dan lokasi termasuk bekerja dari rumah ketika berdepan situasi kecemasan seperti pandemik Covid-19.

“(Bagaimanapun) setakat ini tiada cadangan atau ‘engagement’ di peringkat kementerian bagi melaksanakan tempoh bekerja selama empat hari seminggu,” kata Awang.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Nasir Hashim mengenai pendirian kerajaan mengenai tempoh kerja empat hari seminggu terutamanya dalam sektor swasta.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here