Wanita bertudung buat penyembahan guna colok

0
212
Tangkap layar sebuah video tular memaparkan seorang wanita bertudung yang melakukan penyembahan menggunakan colok dipercayai berlaku di negara ini.

CYBERJAYA – Tindakan undang-undang terhadap individu yang mempersendakan agama seperti tidak memberi pengajaran kepada masyarakat negara ini.

Terbaharu, dalam video yang tular di Twitter, seorang wanita bertudung dilihat melakukan penyembahan menggunakan colok dipercayai untuk memohon hajat.

Menurut komunikasi audio di dalam video berdurasi 1 minit 30 saat itu, seorang lelaki mengajar wanita berkenaan cara-cara mendapatkan tuah membeli nombor ekor dengan menyembah altar pemujaan.

“Heng ong huat!! Buy Toto kena Toto. Buy 4D kena 4D,” kata lelaki di dalam video berkenaan.

Wanita berbaju kuning dan bertudung coklat itu kemudian diarah memacakkan colok yang telah dibakar di tempat penyembahan.

Bagaimanapun, lokasi kejadian itu tidak dapat dipastikan daripada perbualan singkat tetapi dipercayai berlaku di negara ini.

Kes mempersendakan agama terutamanya Islam semakin berleluasa sejak kebelakangan ini antaranya komedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) awal bulan lalu.

Semalam, seorang ibu tunggal didenda RM10,000 selepas didapati bersalah membuat hantaran menghina cara umat Islam bersolat di Facebook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here