Warga emas terbunuh jatuh di pusat beli belah

0
24

ALOR SETAR – Pengunjung sebuah pusat beli-belah di Alor Setar gempar apabila seorang lelaki terjatuh dari tingkat empat bangunan terbabit.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kejadian pada pukul 10.30 pagi itu melibatkan seorang warga emas berusia 65 tahun.

Ketika kejadian, kebanyakan premis di dalam bangunan tersebut baru memulakan operasi.

Siasatan awal mendapati, mangsa sebelum ini menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah sejak 1 Ogos lalu.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HSB untuk proses bedah siasat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here