Warga KPM hargai keputusan Kerajaan naikkan kadar Cuti Rehat Khas

0
10
GAMBAR HIASAN

CYBERJAYA – Warga Kementerian Pendidikan (KPM) terutamanya golongan pendidik amat menghargai keputusan Kerajaan menaikkan kadar Cuti Rehat Khas (CRK) Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dari 10 ke 15 hari seperti yang diumumkan hari ini.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Radzi Mat Jidin berkata, usaha ini merupakan sebahagian daripada inisiatif KPM dalam mentranformasikan pendidikan negara.

“Usaha berterusan KPM untuk menambah baik dan memperkasa perkhidmatan keguruan dengan cadangan meningkatkan CRK guru diterima Kerajaan sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) sebentar tadi.

“Pengumuman tambahan kadar CRK sebanyak 5 hari menjadikan jumlah CRK 15 hari setahun berbanding 10 hari sebelum ini kepada PPP yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun adalah sebahagian daripada perancangan transformasi pendidikan yang digerakkan KPM,” kata Radzi dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, sebentar tadi.

Beliau turut berharap supaya warga pendidik dapat memanfaatkan kemudahan ini sebaiknya.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif bagi menambahbaik kesejahteraan dan kebajikan para penjawat awam ketika berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-18 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di Putrajaya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here