Warga Turkiye teruja produk negaranya kini dijual di Malakat Mall

0
53
Nur (kanan) bersama ibunya sedang memilih barangan keluaran Turkiye di rak jualan Malakat Grocer, hari ini.

CYBERJAYA – Seorang warga Turkiye kagum dengan usaha Malakat Mall membawa masuk produk negaranya bagi dipromosikan kepada rakyat tempatan.

Katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Nur, produk Turkiye sebelum ini agak sukar didapati dan jika adapun, harganya adalah amat mahal.

“Saya amat berterima kasih kepada Malakat Mall kerana melaksanakan inisiatif ini.

“Sekurang-kurangnya terubat juga kerinduan saya untuk merasai bahan makanan dan minuman kegemaran saya,” katanya yang sudah tinggal di Malaysia selama 13 tahun.

Tambah Nur, rakyat Turkiye tidak dapat dipisahkan daripada minat mereka dengan teh, jadi dengan adanya bekalan teh dari negara itu, mereka pasti akan datang mendapatkan bekalan itu di sini.

Nur,27, merupakan salah seorang daripada pelanggan yang mengunjungi pusat beli belah Malakat Mall, hari ini.

“Sudah tentu saya akan uar-uarkan perkara ini kepada warga Turkiye lain, supaya mereka datang ke Malakat Mall untuk dapatkan produk yang memang sudah lama mereka idamkan,” katanya lagi.

Kesemua bahan makanan dari Turkiye itu yang terdiri daripada coklat, biskut, minuman dan pelbagai lagi boleh didapati di rak jualan Malakat Grocer yang terletak di tingkat bawah Malakat Mall.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here